Budak 10 tahun diserang jerung

SYDNEY, 17 JULAI – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berada dalam sebuah bot di luar pesisir Australia hari ini diserang seekor jerung dengan ayahnya cuba menyelam dan menyelamatkannya, kata para pegawai.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan stabil dengan luka di lengan, dada dan kepalanya setelah serangan di pesisir pantai pulau Tasmania, lapor kerajaan tempatan.

Kanak-kanak itu mengenakan jaket keselamatan ketika dia menemani ayahnya dan dua lelaki lain yang memancing sejauh lima kilometer dari pantai ketika jerung itu ‘menariknya dari kapal’, katanya dalam satu kenyataan. – AFP