Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Budak 12 tahun maut terkena renjatan elektrik

    GUA MUSANG, 16 OGOS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit di rumahnya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Lojing, dekat sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata ketika kejadian kira-kira 4.50 petang itu, kawasan tersebut sedang berlaku ribut petir. Beliau berkata kejadian itu dilaporkan oleh bapa mangsa M Nor Zawawi Awang selepas dimaklumkan oleh isterinya bahawa anaknya Nur Asyqin Qistina telah pengsan di tempat tidur.

    “Apabila selesai solat asar di surau di hadapan rumah, pengadu mendengar bunyi petir, pengadu pulang ke rumah dan telah dimaklumkan bahawa tiada elektrik.

    Pengadu telah menghubungi pembaiki solar inverter yang memaklumkan bahawa inverter solar rumah pengadu telah rosak akibat daripada panahan petir.

    “Lebih kurang 15 minit kemudian isteri pengadu telah memaklumkan bahawa Nur Asyqin Qistina telah pengsan di tempat tidur.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...