Budak 3 tahun selamat ‘diterbangkan’ layang-layang

TAIPEI, TAIWAN, 30 OGOS – Seorang budak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan selamat selepas tersangkut pada tali layang-layang dan ‘diterbangkan’ beberapa meter ke udara.

Budak yang tidak dikenal pasti itu ikut serta dalam festival layang-layang hari ini di bandar tepi laut Nanlioao ketika dia tersangkut pada layang-layang gergasi berekor jingga.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan dia dibelit beberapa kali dengan beberapa orang dewasa bergelut untuk menurunkan layang-layang.

Laporan berita mengatakan budak tersebut dalam ketakutan namun tidak ada mengalami kecederaan fizikal dalam insiden tersebut. – AP

Gambar yang diambil dari video menunjukkan budak perempuan berusia tiga tahun yang terangkat ke udara oleh layang-layang besar semasa festival layang-layang di Hsinchu, utara Taiwan pada 30 Ogos. – AP