Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Budak bawah 5 tahun boleh terima dos penggalak

    WASHINGTON, 23 MEI – Vaksin COVID yang dibangunkan Pfizer-BioNTech adalah selamat dan berkesan untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun apabila diberikan dalam tiga dos, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

    Pengumuman itu keluar ketika Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) merancang mengadakan mesyuarat pada minggu-minggu akan datang untuk menimbang meluluskan vaksin COVID di kalangan kanak-kanak lebih muda, satu-satunya kumpulan umur yang belum layak menerima vaksin di kebanyakan negara, sumber kebimbangan kepada kebanyakan ibu bapa.

    Pfizer-BioNTech telah menilai tiga dos, diberikan pada tiga mikrogram, dalam percubaan klinikal dan mendapati vaksin itu mampu menghasilkan respons imun yang kuat. Kesan sampingan adalah sama dengan kumpulan vaksin dan plasebo.

    Keberkesanan vaksin adalah 80.3 peratus, menurut anggaran awam.

    “Kami berasa gembira rumusan kami untuk kanak-kanak, yang kami pilih dengan teliti pada satu persepuluh daripada kekuatan dos untuk orang dewasa, diterima dan menghasilkan respons imun yang kuat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam satu kenyataan.

    “Kami tidak sabar-sabar untuk menyerahkan dokumen kami kepada badan pengawal selia di seluruh dunia dengan harapan dapat menawarkan vaksin ini kepada kanak-kanak dalam golongan umur ini secepat mungkin, tertakluk kepada kelulusan badan pengawal selia,” tambah beliau. – AFP

    Gambar fail bertarikh 5 November 2021 menunjukkan seorang budak menerima suntikan vaksin Pfizer di pusat vaksinasi Los Angeles, California. Budak di bawah umur lima tahun di Amerika Syarikat kini boleh menerima dos penggalak vaksin Pfizer. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...