Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Budak bawah enam tahun bakal terima vaksin

    JAKARTA, 29 JAN – Indonesia bakal membenarkan pemberian vaksin COVID untuk kanak-kanak berusia bawah enam tahun bermula suku kedua tahun ini, menurut kenyataan kementerian kesihatan Indonesia, kelmarin.

    “Kami sudah membuat perangkaan berapa ramai kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah yang memerlukan vaksin dan bila ia akan dihantar ke Indonesia.

    “Berdasarkan itu, kami menjangkakan pengagihan vaksin akan bermula pada suku kedua,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi kepada pemberita di Jakarta.

    Kerajaan Indonesia setakat ini telah memberikan vaksin COVID mengikut kumpulan umur iaitu untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun, untuk dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, dan warga emas.

    Setakat Jumaat, lebih 204 juta orang penduduk di seluruh Indonesia sudah menerima satu dos vaksin, lebih 175 juta orang menerima dua dos, dan 69 juta orang menerima tiga dos, menurut data daripada kementerian.

    Kira-kira 1.2 juta orang warga emas dan orang yang bekerja di sektor penjagaan kesihatan telah diberi keutamaan untuk menerima dos keempat atau vaksin penggalak kedua. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...