Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Budak cemas tersangkut pada kerusi

    Oleh Sim Y.H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seorang budak lelaki dan warga sebuah sekolah cemas apabila budak lelaki tersebut tersangkut pada kerusi dalam insiden di sebuah sekolah agama pada petang kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di sini hari ini, anggotanya telah bertindak cekap membantu mengeluarkan budak lelaki berusia 13 tahun itu setelah tersekat sebahagian badannya di kerusi kayu berangka besi.

    JBP menerima panggilan mengenai kecemasan itu pada jam 3:33 petang dan mengerahkan empat orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 404 Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Abdul Wahab.

    Anggota bomba segera bertindak memotong sebahagian kerusi berkenaan dengan menggunakan alat pemotong Holmatro. JBP menyatakan bahawa tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengawasi dan memastikan kanak-kanak dalam keadaan selamat.

    Anggota bomba dan penyelamat ketika memotong kerusi berangka besi tersebut untuk mengeluarkan pelajar yang tersangkut padanya.
    Keadaan pelajar yang tersangkut pada kerusi dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama baru-baru ini.
    Kerusi berkenaan selepas dipotong oleh anggota bomba dan penyelamat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...