Budak ditahan ugut bunuh pelajar lain

MIAMI, 10 DIS – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun telah ditahan di negeri Florida kerana didakwa mengugut di Snapchat akan membunuh pelajar lain di sekolahnya semalam, kata polis.

Budak perempuan itu, yang tidak didedahkan namanya, menyiar mesej tersebut pada Jumaat dan dia ditahan pada malam Sabtu dan dibawa ke pusat penilaian kanak-kanak, kata pejabat syerif Daerah Broward.

“Ugutan termasuk satu senarai kematian dengan nama pelajar dari Sekolah Menengah Falcon Cove,” kata pejabat syerif dalam satu kenyataan.

“Satu lagi ugutan disiar di laman media sosial pada lewat Jumaat yang menandakan pelajar tidak selamat dan mereka akan dibunuh pada Isnin, 9 Disember.”

Budak perempuan dari Weston, komuniti pinggir bandar di utara Miami yang berdekatan dengan Parkland, Florida, tempat berlakunya insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi tempatan yang membunuh 17 orang pada tahun lalu.

Pejabat syerif berkata ia diberitahu tentang siaran tersebut oleh seorang lagi pelajar di Sekolah Menengah Falcon Cove dan ibu bapanya. – AFP