Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Budak dua tahun tertembak ayah sendiri

    MIAMI, 7 JUN – Seorang budak berusia dua tahun secara tidak sengaja tertembak ayahnya sehingga mati selepas menemui sepucuk pistol berisi peluru yang disimpan tanpa pengawasan, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Apabila pegawai polis tiba di rumah mangsa berhampiran Orlando pada 26 Mei, mereka menemui ibu kepada kanak-kanak, Marie Ayala, memberikan bantuan pernafasan kepada suaminya, Reggie Mabry.

    Penguat kuasa undang-undang pada mulanya percaya mangsa menembak diri sendiri.

    Namun anak sulung mangsa mendedahkan bahawa picu pistol ditarik oleh adiknya, menurut Polis Orange County, Syerif John Mina semasa sidang media.

    Pistol tersebut diletakkan di dalam sebuah beg yang ditinggalkan oleh Mabry di atas lantai dan anaknya menemui pistol itu lalu melepaskan tembakan ke arah ayahnya dari belakang ketika mangsa sedang bermain permainan video di komputer, menurut dokumen mahkamah.

    Pihak polis mengesahkan seorang budak berusia dua tahun secara tidak sengaja menembak ayahnya sehingga mati pada kejadian yang berlaku di Orlando, Florida.

    Lima orang ahli keluarga, termasuk budak perempuan berusia lima bulan, berada dalam bilik yang sama ketika kejadian itu.

    Kedua-dua ibu bapa budak berkenaan berada di bawah pengawasan beberapa kali selepas merekodkan kesalahan mengabaikan kanak-kanak dan penggunaan dadah, menurut pihak polis.

    “Pemilik senjata tidak menyimpannya di tempat selamat dan tragedi berlaku sekelip mata di kediaman mereka,” kata Mina.

    Tragedi sedemikian jarang berlaku di Amerika Syarikat.

    Pada Ogos 2021, seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun menemui sepucuk pistol yang ditinggalkan dan menembak mati ibunya di bahagian kepala semasa mangsa sedang menyertai persidangan melalui video. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...