Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Budak empat tahun bawa kereta ibu bersiar-siar

    THE HAGUE, 1 MEI – Seorang budak lelaki berusia empat tahun di Belanda memandu kereta ibunya sebelum merempuh dua buah kereta yang terhenti, kata polis hari ini.

    Polis di tengah bandar Utrecht menerima panggilan semalam apabila penduduk ternampak seorang budak berjalan di jalan raya hanya memakai pijama dan berkaki ayam.

    “Kami bertindak segera kerana orang yang berada di tempat kejadian bimbang budak lelaki itu mengalami hipotermia,” kata polis di Instagram.

    Apabila mereka tiba, pegawai menerima laporan kedua mengenai kemalangan kereta berhampiran tempat itu yang membabitkan tiga buah kereta. Pemandu yang disyaki menyebabkan kemalangan itu tidak kelihatan.

    Kereta itu mempunyai pendaftaran ibu budak lelaki itu, kata polis.

    Polis menelefon ibu budak lelaki itu dan ‘apabila dia bercakap kepada anaknya, dia mengeluarkan bunyi menyerupai sebuah kereta dan menggunakan tanda isyarat menunjukkan stereng,’ kata polis.

    “Kami mula sedar bahawa budak lelaki itu mungkin pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan itu.”

    Budak lelaki itu bersatu semula dengan ibunya di stesen polis.

    Mereka pergi bersama polis ke tempat kemalangan, di mana budak lelaki itu mengambil kunci, masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin dan seterusnya menekan minyak,’ kata polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...