Budak jahat Joey Barton kembali semula ke England

LONDON, 3 Jan – Pemain tengah kontroversi Joey Barton kembali lagi ke Liga Perdana pada Isnin selepas menandatangani perjanjian untuk menyertai semula Burnley walaupun masih menghadapi tuduhan salah laku kerana didakwa bertaruh.

Pemain berusia 34 tahun itu yang memainkan peranan utama dalam promosi Burnley kembali ke Liga Perdana musim lalu, berlatih bersama skuad sejak menyertai Rangers dari Liga Perdana Scotland dalam masa singkat dan berakhir dengan perpisahan yang tidak mesra.

“Kelab Bolasepak Burnley boleh mengesahkan selepas perbincangan terperinci mengenai dakwaan FA baru-baru ini terhadap Joey Barton, kelab kini telah mencapai persetujuan dengan pemain dan wakilnya mengenai kontrak sehingga akhir musim ini,” kata kenyataan kelab.

“Barton tersedia untuk pemilihan dari 3 Januari selepas menyiapkan pendaftaran tepat pada masa untuk menjalani penggantungan satu perlawanan menentang Manchester City sebagai lanjutan penggantungan yang bawa dari Persatuan Bolasepak Scotland (SFA) berhubung kesalahan sebelumnya.”

FA mendakwa Barton, yang memenangi satu kap untuk England, meletakkan 1,260 pertaruhan pada bola sepak dari Mac 2006 hingga Mei 2016.

Barton, yang telah terlibat dalam kejadian buruk berturut-turut di dalam dan luar padang sepanjang kerjayanya, telah dibekukan di Rangers selepas bertelingkah dengan pengurus Mark Warburton selepas dibelasah 5-1 oleh musuh tradisi Celtic pada September. – AFP