Budak lelaki dibaham buaya

MANILA, 14 OGOS – Seorang budak lelaki terbunuh selepas disambar dari sebuah bot oleh buaya air masin di selatan Filipina, ketika habitat reptilia yang semakin kecil membawa kepada serangan berulang, menurut pihak berkuasa hari ini.

Budak berusia 10 tahun itu berada di dalam bot bersama dua adik beradiknya di bandar Balabac, yang terkenal dengan buaya besar, ketika dia diheret ke dalam air.

Bapanya gagal mencari budak tersebut selepas pencarian semalaman, namun seorang nelayan menemui separuh badan mayat kanak-kanak yang dibaham buaya itu lewat Isnin lalu di sebuah kawasan hutan paya bakau, menurut polis. – AFP