Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budak lelaki tampil juara dron terbang tinggi

    UNITED KINGDOM – “Ia seperti seekor burung yang terbang tinggi di ruang udara membiru,” kata Luke Bannister menjuarai perlumbaan dron tersebut. Dia memiliki sebuah dron yang melalui ruang udara dengan ketepatan masa yang sangat menakjubkan. Oleh kerana penggunaan dron semakin digemari dan diminati di seluruh dunia, gaya dan ketepatan perlumbaan dron adalah benar-benar diambil kira. Perlumbaan juga dinilai melalui juruterbang yang mengawal dron tersebut yang dilengkapi dengan pemakaian alat dengar yang baik serta mengemudi dengan penuh gaya, ketepatan masa dan kamera turut digunakan dalam dron tersebut.

    Dron memainkan peranan yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian masyarakat malah dron turut digunakan dalam penghantaran bungkusan kepada penghantaran video, meneroka kawasan pertanian dan juga berfungsi untuk meninjau aspek keselamatan malah alat inovasi teknologi tinggi ini masih menunggu masa untuk membuat penampilan pertama dalam dunia sukan. Pertandingan FPV itu merupakan perlumbaan juruterbang terhadap satu dengan yang lain di trek perlumbaan dan setiap peserta bersaing seolah-olah mereka secara fizikal berada di dalam kokpit.

    Dengan mengenakan cermin mata yang bersesuaian, Bannister iaitu seorang pelajar British yang menggunakan nama samara, ‘BanniUK’ telah mengaplikasikan kemahiran beliau di sebuah aman di Ramsburry iaitu sebuah perkampungan indah di Wiltshire di barat daya luar bandar, England.

    Seperti jet pejuang

    Dengan bercirikan ‘Waspish Buzz’, Bannister telah mengubahsuai dron miliknya dengan menggunakan kepakarannya. Dron Bannister telah berupaya melepasi satu siri halangan dan pintu-pintu pagar yang telah dibuat dan didirikan oleh Bannister sendiri. Kebanyakan model perlumbaan dron terdiri daripada quadcopters iaitu sejenis dron yang mempunyai empat kipas dan mampu untuk mencapai sekelajuan hingga 60 batu sejam. Setiap dron yang digunakan dianggarkan berharga antara AS$250 hingga AS$375 dan jika harga dilengkapi dengan alat dengar, harga setiap dron akan berbeza.

    m3 4_070217

    Dengan bercirikan ‘Waspish Buzz’, Bannister telah mengubahsuai dron miliknya dengan menggunakan kepakarannya. – AFP
    Dengan bercirikan ‘Waspish Buzz’, Bannister telah mengubahsuai dron miliknya dengan menggunakan kepakarannya. – AFP
    Budak itu memiliki sebuah dron yang melalui ruang udara dengan ketepatan masa yang sangat menakjubkan. – AFP
    Budak itu memiliki sebuah dron yang melalui ruang udara dengan ketepatan masa yang sangat menakjubkan. – AFP

    “Apabila anda meletakkan cermin mata, ia seperti membayangkan anda berada dalam pesawat kawalan jauh malah ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa dan ia boleh dibandingkan dengan terbang super-rendah serta super cepat seperti dalam jet pejuang. Ia benar-benar menarik dan benar-benar berlaku,” kata Bannister lagi kepada wartawan AFP. Juara pertandingan itu mula mengikuti bidang akrobatik udara pada usia 10 tahun dengan menggunakan polistirena biplane melalui kawalan radio. Kemudian pada usia 11 tahun, beliau menjadi ‘kesukaan’ penduduk tempatan dalam kelab pesawat model di mana dia telah membina sebuah pesawat dengan sendiri dan menjadi perintis jurutera paling muda dalam kelab tersebut.

    Namun beberapa tahun kemudian, Bannister telah mendapat satu perkhabaran gembira apabila pertandingan perlumbaan dron (FPV) telah diumumkan.

    Sebelum ini, Bannister telah memenangi pertandingan gemilang Dunia Dron Prix dunia di Dubai pada bulan Mac tahun lepas. Bannister telah mengikuti pertandingan itu yang dianggap sebagai salah satu pertandingan dron terbesar sekali di dunia dengan penglibatan ratusan peserta dari seluruh dunia.

    Bertanding dengan dikelilingi bangunan-bangunan tinggi di Dubai, Bannister telah berjaya mengharungi rintangan dan halangan set litar perlumbaan dron futuristik yang dilengkapi dengan lampu neon yang indah malah litar perlumbaan dron tersebut dianggap serupa dengan litar perlumbaan motor seperti selekoh tajam dan sebagainya.

    Dalam pertandingan itu, Bannister telah merangkul hadiah utama sebanyak AS$250,000.

    Terbang secara realiti

    “Bannister telah mencipta nama di Dubai,” kata Vincent Sergere, pakar laman web Perancis Course de Drone kepada wartawan AFP.

    Vincent menggambarkan teknik Bannister sebagai mini malis.

    m3 5_070217

    Alat kawalan jauh milik Bannister yang telah diubahsuai oleh budak lelaki itu. – AFP
    Alat kawalan jauh milik Bannister yang telah diubahsuai oleh budak lelaki itu. – AFP

    “Bannister mempunyai gaya yang sangat arif seperti seorang juruterbang sebenar dan anda akan mendapat gambaran bahawa beliau tidak meminta dirinya untuk disoal siasat dan hanya memfokuskan untuk menuju ke garisan titik penamat,” tambah Vincent lagi kepada wartawan AFP.

    “Perkara yang paling sukar adalah untuk mengekalkan posisinya ketika ini yang semakin dicabar dengan pendatang-pendatang baru,” tambah Vincent lagi.

    Walaupun masih menuntut, Bannister menjalani kehidupan yang normal dan biasa serta berupaya untuk membahagikan masa lapangnya dengan aktiviti pembelajarannya.

    Setiap kali ada masa terluang, Bannister akan menumpukan sepenuhnya kepada pesawatnya itu. Beberapa usaha dan kejayaannya turut dimuat naik ke dalam media sosial dan saluran ‘YouTube’ di mana beliau menunjukkan kemahiran aerobatik dron miliknya.

    “Saya mahu menikmati keupayaan diri saya sendiri, bersenang-senang dengan kawan-kawan, bermain dan merancang untuk persediaan untuk perlumbaan seterusnya,” tambah Bannister lagi kepada wartawan AFP.

    Walaupun sentiasa sibuk dengan inovasi beliau namun Bannister tidak pernah mengabaikan pembelajarannya malah bercita-cita tinggi untuk meneruskan bidang pembelajaran teknologi.

    “Saya perlu mengimbangi kerja sekolah saya dan perlumbaan dron saya. Apa yang penting, saya perlu menghabiskan sebahagian besar masa saya untuk menghabiskan masa pada kerja sekolah saya untuk meraih keputusan yang terbaik,” tambah Bannister kepada wartawan AFP.

    “Saya berharap agar satu hari nanti, aktiviti dron ini akan dijadikan sebagai salah satu sukan dan akan terus berkembang maju selaras dengan perkembangan dunia, oleh itu, kita akan melihat sejauh mana kegiatan ini akan pergi namun sebelum itu, saya ingin pergi ke universiti dan menjadi seorang juruterbang pula selepas itu,” kata Bannister mengakhiri temu ramah bersama wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda