Tuesday, October 4, 2022
22.3 C
Brunei

Budak maut terkena sengatan ubur-ubur di Pulau Pangkor

-

IPOH, 17 OGOS – Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis berusia lima tahun meninggal dunia akibat terkena sengatan ubur-ubur semasa mandi di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6:45 petang, mangsa menjerit kesakitan semasa mandi bersama-sama keluarganya di pantai berkenaan.

“Orang awam yang berhampiran dengan mangsa telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati mangsa telah terkena sengatan ubur-ubur.

“Semasa mangsa dibawa naik ke darat, mangsa mula tidak sedarkan diri dan keluarganya telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Omar berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada petugas klinik kesihatan tersebut pada 7:30 malam memaklumkan mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa menemukan kesan lilitan dipercayai sengatan ubur-ubur pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri mangsa. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -