MULTAN, 2 Januari 2007 – Seorang budak lelaki yang cuba meniru gaya gantung diri rakaman video bekas diktator iraq, Saddam Hussein maut di Pakistan.
Mubashar Ali, 9, menggantung dirinya, ketika meniru gaya penggantungan Saddam dengan bantuan kakaknya yang berusia 10 tahun, selepas mengikat tali ke kipas siling dan dikalungkan ke lehernya di rumahnya di Daerah Rahim Yar Khan, menurut pegawai polis setempat.
Bapa budak lelaki itu berkata anak-anaknya melihat video penggantungan Saddam dalam televisyen dan cuba meniru gayanya ketika anggota keluarga yang lain berfikir mereka bermain di bilik lain.
“Isteri dan kakaknya berkejar ke sana untuk menyelamatkan Mubashar apabila mereka menjerit meminta tolong tetapi mati akibat tergantung,” kata Alamgir Paracha, bapa Mubashar.
Polis berkata kematian itu adalah tidak disengajakan dan satu kes kecuaian ibu bapa.
“Ia adalah satu kejadian yang berlaku kerana kecuaian ibu bapa,” kata ketua polis daerah, Sultan Ahmad.