Budak perempuan mati dipukul bapa

BEIRUT, 8 APRIL – Seorang budak perempuan Syria meninggal dunia di Lubnan selepas dia dilaporkan dipukul oleh bapanya, kata anggota keselamatan semalam.

Budak perempuan berusia enam tahun itu mati sebaik sahaja tiba di hospital di bandar utara Tripoli pada awal pagi semalam, lapor Anggota Keselamatan Dalam Negeri (ISF).

“Sejurus selepas berita tentang kematian budak perempuan disebabkan dipukul teruk oleh bapanya tersebar, ISF menahannya di hospital,” kata mereka dalam satu kenyataan. – AFP