Budak satu tahun maut ditembak

CHICAGO, 28 JUN – Seorang budak lelaki terbunuh dan ibunya cedera dalam kejadian tembakan pandu lalu di Chicago yang mengejutkan pihak berkuasa di bandar ketiga terbesar Amerika.

Ibu berusia 22 tahun itu sedang memandu pulang petang semalam apabila penyerang menghampiri keretanya dan melepaskan lapan tembakan, terkena budak di dada dan menggeser kepala ibunya, kata polis.

“Ini berlaku terlalu kerap,” beritahu ketua pegawai operasi Chicago Fred Waller kepada wartawan berhampiran tempat berlakunya tembakan di selatan bandar.

Insiden itu berlaku seminggu selepas kematian budak lelaki berusia tiga tahun, Mekhi James, yang mati dalam keadaan yang sama semasa perjalanan dalam kereta bersama bapanya di barat bandar. – AFP