Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budaya Cina mempengaruhi masyarakat Bulgaria

    KEBANYAKAN penduduk Bulgaria sudah banyak membaca buku-buku mengenai China malah ada sesetengah mereka sudah fasih berbahasa Mandarin. Apa yang pasti, penduduk Bulgaria tidak perlu untuk pergi ke negara itu kerana budaya negara itu akan datang kepada mereka hanya kerana satu sebab iaitu Yogurt. “Ia sebenarnya sukar untuk mempelajari bahasa mereka dan anda harus kuat untuk tidak terus berputus asa,” kata Tsvetka Radkova kepada wartawan AFP ketika berada di kelas bahasa di kampung Momchilovtsi di Selatan Bulgaria. Namun anak perempuannya, Veselina bersama dengan rakannya sudah fasih bahasa berkenaan dan menerima sorokan daripada rakan-rakan kelasnya.

    Tidak banyak penduduk Eropah dan juga Bulgaria meminati perkara yang sama malah kawasan Momchilovtsi juga kurang dikenali disebabkan oleh lokasinya yang terletak di lereng gunung Rhodope di Tenggara Eropah bersempadan dengan Greece. Namun di China, Momchilovtsi menjadi sebuah lokasi yang menyelitkan imej-imej keindahan, keajaiban dan panjang umur malah nama lokasi itu diberikan atas nama sejenis minuman yogurt yang sangat digemari oleh penduduk China.

    Pada musim panas ini, Momchilovtsi menjadi tuan rumah kepada beratus-ratus pelawat Cina yang menghadiri perayaan yogurt China-Bulgaria di kampung berkenaan. Tanda-tanda di kawasan itu ditulis dalam bahasa China dan telah mengarahkan para pelawat ke dewan kampung untuk mendengar ceramah mengenai manfaat kesihatan yang luar biasa yogurt dan juga keju. Kanak-kanak berlari sambil berkata ‘Ni Hao’ (Hello dalam bahasa Cina) dan memberikan brosur festival dan peta kampung dalam bahasa Bulgaria, China dan juga Inggeris kepada pengunjung dari China.

    Malah, pertandingan ratu cantik pada hari kedua perayaan juga diadakan bagi memilih ‘Ratu Yoghurt’ yang baru dan menghiasi pembungkusan yogurt Momchilovtsi. “Terdapat dua perkara yang setiap pelawat China perlu tahu mengenai Bulgaria iaitu yogurt dan juga bunga ros,” kata seorang pelawat, Lei Lei dari Shanghai.

    Momchilovtsi menjadi sebuah lokasi yang menyelitkan imej-imej keindahan, keajaiban dan panjang umur malah nama lokasi itu diberikan atas nama sejenis minuman yoghurt yang sangat digemari oleh penduduk China. – AFP
    Kebanyakan penduduk-penduduk Momchilovtsi mengalu-alukan kedatangan pelancong khususnya daripada China dengan pelbagai aktiviti dan festival. – AFP
    Pada musim panas ini, Momchilovtsi menjadi tuan rumah kepada beratus-ratus pelawat Cina yang menghadiri perayaan yoghurt China-Bulgaria di kampung berkenaan. – AFP

    Kampung ‘Panjang Umur’

    Kebanyakan penduduk di Momchilovtsi telah terbiasa dengan kelibat pengunjung China yang ramai sejak syarikat China Bright Dairy pada tahun 2009 membawa balik yoghurt yang mengandungi bakteria. Ketegangan berlaku namun ketegangan itu membolehkan syarikat itu terus berkembang dan diminati oleh penduduk China malah yoghurt yang dihasilkan di lokasi itu mengandungi rasa yang hebat dan mudah dikonsumsi malah tidak perlu dibekukan.

    Dikenali dalam bahasa China dengan perkataan pendek, ‘Mosilian’ dan ia merupakan penjual teratas dalam sektor pengeluaran yoghurt yang berkembang pesat malah jenama itu telah di jual di kebanyakan pasar raya dan iklannya sering terlihat di kawasan perhentian bas dan juga di kaca TV. Menurut jurucakap Bright, kehebatan yogurt ini terus berkembang ekoran peristiwa skandal susu tepung yang tercemar di China pada tahun 2008 yang mana telah mendorong ramai pengguna ke arah jenama yang dilihat berkualiti antarabangsa dan lebih selamat. Dengan slogan, ‘Rahsia Ajaib Kampung di mana orang boleh hidup lama, Momchilovtsi’ jualannya berjumlah 6.0 bilion yuan.

    “Momchilovtsi telah terkenal sebagai sebuah perkampungan panjang umur kerana bilangan centenarians yang banyak tinggal di sini malah kajian kami telah mendapati bahawa salah satu rahsia umur panjang ialah disebabkan oleh kualiti yogurt yang dihasilkan di perkampungan ini,” kata jurucakap Pan Jianjun di luar festival berkenaan kepada wartawan AFP. Sekurang-kurangnya tiga peserta dalam kursus bahasa telah fasih berbahasa Mandarin dan sekitar 40 penduduk tempatan telah mendaftar untuk mempelajari bahasa berkenaan.

    Jalan yang panjang dan berliku

    “Seramai 1,200 penduduk di Momchilovtsi sudah menjadi tuan rumah sekitar 1,000 pelancong China setiap tahun daripada jumlah 5,000 hingga 6,000 pengunjung,” kata datuk bandar, Siyka Surkova kepada wartawan AFP. “Angka sebenarnya semakin meningkat setiap tahun dan ini sebenarnya satu perkara yang biasa memandangkan kempen pengiklanan yang sangat besar untuk pengeluaran yoghurt di China yang sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kami,” tambah Siyka lagi kepada wartawan media.

    Pada tahun 2014, rancangan TV realiti, ‘Survivor’ telah diadakan di Momchilovtsi di mana tujuh peserta telah dihantar menemui keluarga angkat mereka yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan hanya membawa kamus China-Bulgaria. Namun dengan sekitar 18,500 pelancong China setiap tahun, Bulgaria sebenarnya masih lagi ketinggalan dalam pemanduan di seluruh benua Eropah. Penerbangan terus antara kedua-dua buah negara masih tersemi dalam angan-angan.

    Pengunjung China yang ingin ke Momchilovtsi perlu mengambil penerbangan dalaman di Eropah ke Sofia atau Plovdiv dan dari sana satu perjalanan panjang dan menelusuri kawasan perkampungan sebelum sampai ke destinasi namun ia tetap masih berbaloi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda