Budayakan amalan ziarah orang sakit
Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Agama Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturahim sesama Muslim dan antara amalan yang boleh dilakukan ialah dengan menziarahi saudara yang sedang sakit. Sesungguhnya menziarahi orang sakit adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut, di mana menziarahi orang sakit tidak

































