Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Budayakan keselamatan ketika memandu

    Baru-baru ini saya sedang dalam perjalanan hendak pulang ke rumah, namun alangkah terkejutnya apabila saya melihat seorang perempuan memandu sambil memangku anak damit di pangkuannya manakala seorang lagi anaknya berdiri di tempat duduk belakang.

    Seharusnya si ibu hendaklah mementingkan keselamatan anaknya terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

    Seperti mana yang kita tahu anak kecil memang susah hendak dikawal dan kanak-kanak memiliki rasa ingin tahu. Mereka mempersoalkan segala-galanya yang kelihatan jelas dan terus aktif untuk membuat sesuatu.

    Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana pula si ibu itu tidak peka mengenai keselamatan anak-anaknya? Kita tidak dapat meneka keadaan jalan.

    Sebagai contoh, ada kenderaan menekan pedal brek secara tiba-tiba. Dalam keadaan ini, si ibu perlu membuat keputusan pantas untuk mengelak perlanggaran.

    Tetapi apabila anak berada di pangkuan, refleks semula jadi badan akan mengalami kesukaran bertindak balas dengan cepat.

    Penting bagi si ibu sebagai pemandu untuk mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengutamakan keselamatan anak-anak semasa memandu.

    Sehubungan itu, saya menyeru keluarga yang mempunyai anak kecil, gunakanlah kerusi keselamatan bersesuaian demi keselamatan anak awda semasa memandu, sekali gus dapat mengelak mereka daripada kecederaan serius jika berlaku sebarang kemalangan.

    Siti Zubaidah

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda