Budayakan pembacaan melalui aplikasi digital
WINDHOEK – Aplikasi membaca secara virtual yang dikenali sebagai ‘Namibia Reads’ mempromosikan budaya pembacaan dan pembelajaran secara selamat untuk kanak-kanak di seluruh negara. Pada Jumaat (11 Disember lalu), memegang telefon bimbit di tangan, Ria Murangi, seorang pelajar beumur 12 tahun di ibu kota Namibia, Windhoek membaca sebuah cerita dengan suara yang nyaring melalui aplikasi berkenaan.






























