Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Dalam usaha untuk memupuk sifat kekeluargaan, sebuah keluarga yang dikenali sebagai Budiman Family telah mengadakan acara Hari Keluarga yang berlangsung di Pantai Muara.
Lebih 60 orang ahli keluarga Hajah Maimuna binti Awang Berudin yang terdiri daripada anak-anak serta cucu-cucu hadir bagi memeriahkan lagi sambutan acara tersebut yang diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti memukul bola pingpong menggunakan kayu golf, mengangkat kelapa tua dengan kaki dan banyak lagi.
Acara diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli keluarga mahupun keluarga yang dekat dan jauh di samping mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.