Bufet makanan laut di Radisson

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Para peminat makanan laut kini berpeluang menikmati bufet makanan laut semasa promosi yang berjalan selama seminggu bermula kelmarin di Tasek Brasserie, Hotel Radisson.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hotel Radisson, bufet makan malam itu menawarkan pelbagai hidangan makanan laut dari rantau-rantau terkenal di seluruh dunia termasuk ketam Alaska, kupang Australia, salad sotong Jepun, tiram segar Normandy, roasted Borneo sea bass, paella makanan laut dan banyak lagi.

Hidangan pencuci mulut pula termasuk Raspberry Brulee yang disajikan dengan badam dan jeli beri serta puding roti dan mentega yang menjadi kegemaran ramai.

Kenyataan menyatakan, sepanjang promosi berkenaan, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit Standard Chartered akan menerima diskaun dan mata ganjaran berganda.

Kakitangan restoran bersama antara makanan laut yang disajikan. – Gambar serahan Hotel Radisson