MILAN, 13 Jun – Penjaga gol Juventus dan Itali, Gianluigi Buffon mengesahkan bahawa dia ’99.9 peratus’ pasti untuk bersara akhir musim depan, melainkan dia akhirnya menamatkan usahanya memenangi Liga Juara-Juara.
“Ya, saya 99.9 peratus pasti ia akan berlaku,” kata Buffon apabila ditanya oleh Sky Sport jika dia memegang janjikan sebelum ini untuk bersara akhir kempen 2017-18.
“Saya akan mempunyai satu final, musim penuh perlawanan penting, kemudian sudah tiba masanya bersara.”
Buffon, pemenang Piala Dunia bersama Itali pada tahun 2006, sebelum ini berkata bahawa musim depan adalah musim terakhirnya, meskipun dia tidak dijangka bersara sepenuhnya sehingga selepas Piala Dunia Rusia 2018, jika Italy melayakkan diri.
Tetapi pemain berusia 39 tahun itu menyatakan ada peluang tipis untuk dia menterbalikkan keputusannya itu, selepas tewas di final Liga Juara-Juara 2017 kepada Real Madrid (4-1) dan kepada Barcelona pada tahun 2015 (3-1).
“Jika kami menang Liga Juara-Juara, saya akan terus bermain untuk satu musim lagi, agar saya boleh cuba memenangi Piala Dunia Kelab dan beberapa trofi lain,” tambahnya. – AFP