Buffon sertai semula Parma setelah dua dekad

MILAN, 17 JUN – Penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon kembali bersama Parma selepas dua dekad meninggalkan kelab Itali yang tersingkir musim lalu.

“Dia kembali di tempat yang sepatutnya, dia sudah pulang. ‘Superman’ kembali,” tulis kelab tersebut dalam Twitter yang disertakan dengan video pendek penjaga gol berusia 43 tahun, Buffon berkata, “Okey Kyle (Krause). Saya sertai semula. Saya kembali.”

Pemilik kelab, Kyle Krause membalas, “Berita baik, selamat kembali.”

Buffon memegang rekod penampilan di Serie A dengan 657 perlawanan, kali pertama bermain mewakili Parma pada 1995 sebagai pemain remaja 17 tahun.

Sejak itu, Buffon hanya bermain satu musim di Serie B apabila Juventus diturunkan pada 2006-2007 atas isu pengaturan perlawanan ‘Calciopoli’.

Bekas pemenang Piala Dunia itu mengumumkan bulan lalu bahawa dia akan meninggalkan Juventus, kelab yang diwakilinya selepas berpindah dari Parma pada 2001, selain menyarung jersi Paris-Saint Germain selama semusim pada 2018-2019. Buffon bermain perlawanan terakhir untuk Juventus di aksi final Coppa Italia di mana dia menjulang trofi tersebut sebanyak enam kali. – AFP