PRETORIA, 3 OKT – Presiden Nigeria Muhammadu Buhari hari ini memulakan lawatan ke Afrika Selatan dengan gesaan mempertingkat perlindungan ke atas warga asing, beberapa minggu selepas serangan xenofobia di Johannesburg mencetuskan ketegangan di antara ekonomi terkenal Afrika.
Buhari dan rakan sejawatan Cyril Ramaphosa mengadakan rundingan bertujuan merangsang hubungan perniagaan dan kerjasama politik tatkala kedua-dua pemimpin bergelut untuk merangsang ekonomi negara mereka yang lembap.
Namun rundingan dijangka disurami oleh keganasan di Afrika Selatan yang menyasarkan warga asing, termasuk warga Nigeria.
Perusuh menyerbu kedai milik warga asing di sekitar Johannesburg pada awal September, memusnahkan harta benda.
“Kami menggesa pengukuhan dan pelaksanaan semua langkah yang wajar untuk mengelak tindakan sedemikian daripada berulang,” kata Buhari pada awal rundingan.
Keganasan, di mana sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, kebanyakan mereka warga Afrika Selatan, mencetuskan kemarahan di Nigeria dan melihat berates pekerja migran dihantar pulang ke negara.
Buhari mengecam ‘beberapa insiden serangan balas’ yang melihat beberapa perniagaan Afrika Selatan di Nigeria dipaksa ditutup. – AFP



































