Buka Kompleks Sukan Mumong pada Jumaat dan Ahad

Saya ingin menimbulkan kebimbangan saya mengenai bahagian balapan dan padang Kompleks Sukan Mumong yang ditutup pada hari Jumaat, Ahad dan hari cuti umum buat tempoh yang tidak pasti.

Saya tidak faham kenapa kompleks tersebut ditutup kerana kami menggunakannya dengan tujuan gaya hidup sihat.

Setakat ini belum ada peraturan untuk menutup trek pada hari Jumaat dan Ahad.

Mengapakah ia dikenakan sekarang?

Ia telah menjejaskan mereka yang menggunakan trek selama bertahun-tahun dan sekarang mereka perlu pergi ke tempat lain. Lokasi tersebut merupakan tempat yang disukai orang ramai untuk bersenam dan berlatih untuk pertandingan kerana lebih selamat daripada berlari di sepanjang tepi jalan.

Trek getah juga membantu melembutkan kesan ke atas pergelangan kaki dan lutut.

Kali terakhir saya pergi ke sana (pada masa penulisan), saya melihat latihan belia di tempat letak kereta kompleks tersebut kerana pintu masuknya ditutup pada hari Ahad.

Bolehkah pihak berkuasa meninjau perkara ini dan mempertimbangkan membuka bahagian trek dan padang pada hari Jumaat dan Ahad lagi? – Gaya hidup sihat

Trek getah membantu melembutkan kesan ke pergelangan kaki dan lutut. – Gambar hiasan.