Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buka minda 59 pegawai ABDB mengenai sejarah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Seramai 59 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti Kursus Pegawai Staf Pertengahan bagi tahun 2020 hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei, di ibu negara.

    Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan ABDB, Mejar Mohd Ghazali bin Haji Hassan. Antara lain objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada peserta kursus bagi mengetahui, mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai persejarahan Brunei yang tersimpan dan dipamerkan di galeri pameran pusat berkenaan.

    Selain itu, ia juga memotivasikan dan menyemai minat peserta dalam bidang sejarah serta merangsang peserta untuk memberikan respons mengenai apa yang disampaikan dalam lawatan tersebut.

    Dengan lawatan itu juga, ia diharap akan mencapai objektif selain memberi kemahiran berfikir, menganalisis fakta sejarah secara rasional serta membuka minda untuk meminati sejarah.

    Ahli rombongan dari ABDB mendengar penerangan mengenai sejarah di galeri yang dilawati.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda