Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Buka sempadan: Penduduk Sabah perlu dapat dos penggalak segera

    TAWAU, 7 MAC – Penduduk Sabah perlu segera mendapatkan vaksinasi COVID-19 dos penggalak sebelum sempadan negara dibuka kerana dikhuatiri terdedah kepada COVID-19 dengan kemasukan rakyat Filipina dan Indonesia ke negeri ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata kebimbangan itu susulan melihat kepada status vaksinasi di dua negara berkenaan yang menurutnya masih agak rendah.

    “Apatah lagi yang bersempadan Sabah ini adalah kawasan yang bukan dekat dengan ibu kota, andaian kita adalah penduduk di Selatan Filipina dan Kalimantan adalah (kadar) vaksinasi mereka rendah.

    “Kalau buka sempadan lagi ramai masuk, walaupun kita ada prosedur tapi liputan vaksinasi di Sabah penting kerana risiko COVID-19 dari negara jiran itu ada, ini untuk persediaan,” katanya selepas merasmikan Program “Mass Cataract Surgery Initiative” (MCSI)  di sini hari ini.

    “ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu) Andi Muhammad Suryady Bandy bertanya pada saya tadi bila sempadan nak buka. Andi memberitahu Tawau bersempadan dengan Indonesia dan ini membimbangkan kerana kadar vaksinasi di negara jiran rendah,” kata Khairy dalam ucapannya.

    Khairy berkata setakat ini 40 peratus penduduk dewasa Sabah sudah menerima dos penggalak manakala kira-kira 16 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negeri ini mendapatkan vaksin COVID-19. – Bernama

    TAWAU, 7 Mac — Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (dua, kiri) merasmikan program ‘Mass Cataract Surgery Initiative (MCSI)’ 2022 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Tawau semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...