Bukakan pantai untuk rekreasi

COVID-19 sudah tidak merekodkan sebarang jangkitan lebih dua bulan di negara ini dan pembukaan banyak tempat menyaksikan orang ramai kini boleh melakukan banyak perkara terutama ke restoran, beriadah, rekreasi malahan gerai perayaan pun sudah dibenarkan sehingga menyaksikan orang ramai berduyun-duyun ke sana pada hujung-hujung minggu dan hari kelepasan am.

Namun saya agak terkilan kerana pantai-pantai masih ditutup sedangkan ia merupakan tempat untuk orang ramai beriadah, jika dikirakan pantai lagi luas kawasannya untuk mengelakkan orang ramai bersesak, terutamanya Pantai Tungku yang luas terbentang.

Maka saya kira ada baiknya dipertimbangkan bagi pembukaan pantai-pantai di negara ini, sejajar dengan usaha negara untuk memastikan rakyatnya sentiasa sihat tubuh dan minda, sekali gus mengelak perkumpulan ramai dan dapat menjaga jarak sosial di kawasan penuh sesak.

Rindu ombak