LONDON, 22 Sept – Mauricio Pochettino (gambar atas) berkata, balas dendam tidak berada dalam minda pemain Tottenham Hotspur apabila skuadnya bersedia untuk bersemuka dengan seteru London, West Ham dalam perlawanan yang berpotensi ‘panas’, esok.
Impian Spurs untuk menjuarai Liga Perdana (PL) Inggeris musim lalu berakhir apabila tewas 1-0 kepada Hammers di Stadium London, Mei lalu.
Dengan kekalahan awal musim ini kepada Chelsea pada aksi di laman sementara Wembley, Spurs ketika ini sedang menghuni tangga kelima liga dengan Pochettino berkata pemainnya sudah melupakan kekecewaan musim lalu.
“Kami semua amat kecewa,” kata pengurus Tottenham itu. “Kami berjuang untuk gelaran Liga Perdana Inggeris. Ia bukan prestasi terbaik kami, namun kini adalah musim dan keadaan berbeza.
“Kami semua amat teruja untuk bermain dan cuba untuk menang tiga mata. Kamu tahu bahawa perlawanan tetangga amat istimewa.
“Ia lebih bermakna daripada hanya tiga mata apabila bermain dengan Arsenal, West Ham atau Chelsea. Mereka amat bermotivasi. Kerana itu apa yang berlaku minggu lalu atau sebelum ini tidak penting.”
Tottenham akan mendapat semula khidmat pemain sayap, Ben Davies yang pulih daripada kecederaan buku lali.
Sementara itu, Pochettino yang berharap untuk bersaing merebut kejuaraan liga buat musim ketiga berturut-turut menepis dakwaan bekas pengurus, Tim Sherwood yang mengatakan penyerang bintangnya, Harry Kane akan meninggalkan kelab itu jika mereka tidak menang sebarang trofi musim ini.
“Harry adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia. Ramai orang bercakap dia perlu menang trofi untuk terus kekal bersama kami.
“Kesemuanya cukup jelas dengan Harry di mana orang mengetahui nilainya. Dia masih antara pemain terbaik. Tetapi dia sayangkan Tottenham dan mahu bermain di sini untuk tempoh yang lama.
“Saya menghormati semua pendapat. Tim juga ada hak untuk bercakap mengenai Tottenham dan Harry.”

Pengurus West Ham Slaven Bilic memberikan pujian penuh kepada Spurs dengan mengatakan mereka tidak mempunyai rakan sepasukan Liga Perdana apabila tiba kepada gaya bermain.
“Bagi saya mereka adalah pasukan yang bermain bola sepak paling menarik dan bagi saya, mereka salah satu daripada pesaing untuk memenangi liga.
“Mereka mempunyai kualiti individu, mereka mempunyai tahap dan mereka adalah pasukan yang sedang membina sejak tiga tahun sekarang,” katanya.
Bilic tidak pernah melupakan kejayaan pertembungan tetangga sebelum ini. “Ia memberikan anda kenangan yang bagus dan corak yang baik untuk mengulangi apa yang telah anda lakukan terhadap pasukan itu,” katanya.
“Kami tidak memasuki permainan jenis itu untuk pertama kali. Anda tidak bertanya kepada pemain untuk melakukan apa yang ada di atas kertas. Mereka sudah melakukannya. Jika anda telah melakukan sesuatu yang berjaya maka itu selalunya bagus. ”
The Hammers akan turun tanpa dua pemain yang cedera Manuel Lanzini dan Pedro Obiang, yang dijangka tidak beraksi untuk kelab sehingga selepas rehat antarabangsa bulan depan. – AFP