Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bukan nasib Brunei DPMM FC

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Infofoto

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan antara Pasukan Brunei DPMM FC dan Balestier Khalsa bagi persaingan Liga Singapura (Liga-S) yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Berangkat sama bagi menyaksikan perlawanan tersebut malam tadi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Manakala Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di rehat separuh masa perlawanan tersebut.

    Setelah memenangi dua perlawanan sebelum ini, Brunei DPMM FC dijangka meneruskan momentum itu bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga-S, namun nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah selepas kecundang 1-4 kepada Balestier Khalsa.

    DYTM Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik ketika berkenan menyaksikan perlawanan antara Brunei DPMM FC dan Balestier Khalsa.
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika berkenan beraksi dalam perlawanan persahabatan ketika rehat separuh masa perlawanan Liga- S tersebut.

    Gol-gol Balestier Khalsa dijaringkan oleh Fadli (21’) bagi gol pembukaan, Hazzuwan menjaringkan dua gol di separuh masa kedua dan gol keempat Balestier dijaringkan menerusi Tajeli. Manakala gol sagu hati Brunei DPMM FC pula dijaringkan di saat-saat akhir perlawanan menerusi pemain gantian Shahrazen Said.

    Persaingan Brunei DPMM FC dalam Liga-S seterusnya adalah menentang Pasukan Warriors FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 21 Oktober ini jam 8:15 malam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda