Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bukan semua filem mama saya berlakon – Wanna

    “Bukanlah semua naskhah yang mama terbitkan, saya berlakon.. Ada beberapa filem sahaja.”

    Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Wanna Ali, 24, tatkala ditanya mengenai dirinya yang sering dilihat membintangi naskhah terbitan produksi Pencil Pictures milik ibunya, Datuk Ayu Puteh.

    Wanna atau nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali menjelaskan dia hanya terbabit dalam beberapa filem terbitan Pencil Pictures dan tidak pernah membintangi drama syarikat produksi ibunya.

    “Untuk produksi ibu saya, watak utama pertama saya dapat adalah menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa. Selain itu, saya hanya menjayakan beberapa filem seperti Tokan, Aku Ada Kau Ada dan Autumn In Wales.

    “Untuk drama, saya tidak pernah bekerja dengan Pencil Pictures. Drama lakonan saya tiada langsung bersama Pencil Pictures. Saya hanya ambil ‘job’ yang memberi lebih pendedahan, bayaran dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

    Wanna Ali menerangkan bahawa tidak semua naskah yang diterbitkan oleh Datuk Ayu Puteh akan dibintangi olehnya. – Agensi

    Bagaimanapun, Wanna mengaku merancang membawakan sesetengah karakter dalam drama terbitan Pencil Pictures.

    “Mama selalu ada idea di mana saya boleh bawa watak tertentu. Tetapi sehingga hari ini, saya belum lagi menjayakan watak utama dalam drama terbitan Mama,” katanya.

    Tambah Wanna, biarpun menjadi anak penerbit drama dan filem, dia tidak tertekan dalam menghidupkan watak diberi.

    “Saya tidak tertekan kerana mama tahu batasan di set penggambaran.”

    Mama tahu apa yang saya mahu. Saya tak suka Mama ada di set penggambaran jika saya sedang beraksi.

    “Jadi, Mama tidak akan berada di set. Saya tak boleh fokus kalau Mama ada di set penggambaran,” katanya pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures.

    Berkongsi mengenai pembikinan filem Autumn In Wales, Wanna berkata, filem itu menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom (UK) serentak dengan filem Ada Apa Dengan Dosa.

    “Saya mengaku agak susah membawakan dua watak serentak. Apatah lagi watak saya menerusi Ada Apa Dengan Dosa, sangat berat disebabkan saya banyak menangis.

    “Memang watak Aurora dalam Ada Apa Dengan Dosa dan Marrisa di dalam Autumn In Wales, sangat berbeza. Mujur watak Marrisa banyak persamaan dengan diri saya. Jadi, saya boleh bawa watak bersahaja.

    “Alhamdulillah, dalam pada sukar untuk saya bertukar-tukar karakter, semuanya baik,” katanya.

    Selain Wanna, filem Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures and Records ini menampilkan Jaa Suzuran, Eyka Farhana, Keith Foo, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza.

    Autumn In Wales arahan Rahila Ali ditayangkan di Astro First mulai lusa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...