Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Bukan tidak mahu berlakon – Scha

    Mendedahkan terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan, aktres popular Malaysia, Scha Al Yahya, mengakui tuntutan tugas dan jadual komitmen kerja lain memaksanya membuat keputusan tersebut.

    Kongsi Scha, dia tidak mahu menyusahkan produksi kerana pertindihan jadual tambahan pula berlakon menuntut masa dan komitmen yang sangat tinggi.

    “Bila terpaksa tolak banyak tawaran, saya anggap tiada rezeki lagi untuk berlakon. Selalu bila ada yang tawarkan watak tertentu, mesti akan tertindih dengan kerja lain. Saya juga perlu menguruskan keluarga.

    “Memang ada sahaja tawaran berlakon itu tetapi apabila datang serentak dengan kerja lain, saya akan mengambil mana yang lebih dekat dengan jiwa, macam pengacara dan peragaan.

    “Bukanlah nak cakap lakonan tidak penting tetapi saya perlu lebih adil dengan pihak lain sebab saya ada jadual sendiri. Berlakon memerlukan komitmen dan masa yang tinggi, saya tak mahu menyusahkan sesiapa,” ujarnya menurut laporan Utusan Malaysia.

    Mengakui menerima pertanyaan peminat yang merindukan lakonannya, ibu kepada dua anak ini tidak mahu memberi sebarang janji namun dalam masa sama, cuba untuk mencari masa terluang untuk lakonan.

    “Kalau boleh tak mahulah janji bulan bintang. Saya tahu ramai juga yang menantikan kemunculan saya dalam drama atau filem. Saya cuba yang terbaik tahun hadapan.

    “Saya tak pernah pun bercadang memperlahankan aktiviti lakonan. Cuma macam saya cakap tadi, masa itu perlu disusun dengan lebih baik. Tetapi kepada yang rindu, tahun depan filem lakonan saya, Telaga Suriram akan ditayangkan,” katanya. – Agensi

    Scha tidak pernah bercadang memperlahankan aktiviti lakonan. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...