Buku komik Superman dijual AS$3.25 juta

NEW YORK, 9 APRIL – Salah satu daripada beberapa naskhah buku komik yang memperkenalkan Superman kepada dunia telah dijual dengan harga rekod.

Isu Action Comics#1 dijual pada harga AS$3.25 juta dalam jualan peribadi, umum syarikat pelelongan dalam talian baru-baru ini. Ia mengatasi rekod jualan komik sebelum ini pada 2014 dengan harga melebihi AS$3.2 juta. Komik itu, diterbitkan pada 1939, ‘benar-benar merupakan permulaan genre adiwira,” kata ketua pegawai operasi ComicConnect.com, Vincent Zurzolo, yang membroker jualan itu. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh Metropolis Collectibles menunjukkan Vincent Zurzolo memegang edisi pertama buku komik menandakan kemunculan Superman yang dijual pada harga AS$3,250,000. – AP