Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Buku kompilasi foto Jung Kook laris terjual

    Buku kompilasi foto anggota BTS, Jung Kook bertajuk Me, Myself & Jung Kook – Time Difference yang dibuka untuk prapesanan di Internet habis terjual dalam masa seminit.

    Buku yang memaparkan Jung Kook mengenakan pakaian ala puntianak itu ternyata mendapat sambutan luar biasa apabila kehabisan stok dalam tempoh 30 saat ketika dijual di laman sesawang Weverse USA dan seminit di Weverse Global pada Khamis lalu.

    Difahamkan, meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.

    Bagaimanapun setelah tiga kali stok buku ditambah, ia terus mendapat sambutan hangat dan kehabisan bekalan dalam tempoh beberapa minit. Menurut laporan agensi antarabangsa, buku foto itu merupakan antara lapan projek kumpulan BTS mengeluarkan buku foto setiap ahli kumpulan terbabit.

    Jung Kook, anggota termuda dalam BTS, menjayakan kesemua projek berkenaan selain terlibat dalam perancangan pemilihan kostum dan props. – Agensi

    Buku yang memaparkan Jung Kook mengenakan pakaian ala puntianak itu ternyata mendapat sambutan luar biasa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...