Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Buku nota Charles Darwin dikembalikan

    LONDON, 6 APRIL – Dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad telah dikembalikan, umum pihak perpustakaa, kelmarin.

    Bungkusan yang mengandungi buku nota termasuk lakaran Tree of Life Darwin 1837 telah dikembalikan oleh seorang yang tidak dikenali pada 9 Mac, bersama-sama sekeping nota bertulis: “Pustakawan. Selamat Hari Easter. X.”

    Menurut United Press International (UPI), bungkusan itu diletakkan di kawasan awam di luar pejabat pustakawan di tingkat empat bangunan perpustakaan itu.

    Pada November 2020 pustakawan Jessica Gardner merayu kepada orang ramai untuk memulangkan buku berkenaan.

    “Saya berasa amat lega selepas buku itu dipulangkan,” kata Gardner. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...