Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Buku perancang daripada kulit khinzir dikesan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Jabatan Hal Ehwah Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengesan sebuah buku perancang 2022 yang dijual di salah sebuah premis buku yang didapati diperbuat daripada kulit khinzir.

    Pengesanan dibuat setelah menerima aduan orang ramai dan setelah diperiksa, ia dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan untuk dianalisa, dan hasil analisis telah mendapati bahawa kulit dalaman buku tersebut disahkan positif diperbuat daripada kulit khinzir.

    Sehubungan itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah telah pun mengarahkan pemilik premis untuk mengasingkan semua buku tersebut dengan serta-merta daripada penjualan kepada orang awam. Di samping itu, pengguna beragama Islam di negara ini adalah dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan buku tersebut.

    KHEU juga mengingatkan pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing, dengan memastikan produk-produk yang halal dan suci tidak bercampur dengan yang tidak halal. Ini demi menjaga maslahat masyarakat Islam di negara ini daripada terjebak mengambil dan menggunakan produk yang tidak halal.

    KHEU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas maklumat berhubung perkara ini.

    Buku perancang 2022 yang dikesan diperbuat daripada kulit khinzir. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...