Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Bulan bahasa 2020 dirasmikan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini, telah merasmikan Bulan Bahasa 2020 sebagai pemangkin semangat cintakan tanah air selain ia juga wawasan yang mendukung dasar negara mengenai kerasmian Bahasa Melayu.

    Majlis perasmiannya telah berlangsung di Balai Sarmayuda DBP dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Dato turut menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Peperiksaan Brunei Cambridge GCE Peringkat ‘O’ dan ‘A’ bagi 2019.

    Terdahulu itu, Yang Berhormat Dato turut sama-sama membaca ikrar bahasa yang dilaksanakan secara maya dan menyaksikan pelancaran mekanisme e-Pembayaran Perkhidmatan dan Pemasaran DBP melalui kemudahan perbankan digital Quick Pay dan Swipe Card bagi pemegang akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membuat pembayaran perkhidmatan dan pemasaran buku yang disediakan oleh DBP.

    Dengan adanya perkhidmatan berkenaan, pelanggan yang berurusan dengan jabatan berpeluang untuk membuat pembayaran terus dengan memilih salah satu alternatif pembayaran yang disediakan.

    Antara perkhidmatan berbayar yang disediakan DBP termasuk perkhidmatan penterjemahan dan penyemakan, perkhidmatan tulisan jawi dan pengesahan, penjualan lesen penerbitan buku, majalah dan jurnal, sewa ruang, pendaftaran kad ahli perpustakaan dan lainnya.

    Komitmen melaksanakan e-pembayaran berkenaan diharap dapat menaik taraf perkhidmatan dan pemasaran jabatan sebagai pemudah cara dalam menyediakan huraian jangka panjang kepada pemegang taruh dan orang ramai membuat pembayaran dan pembelian serta menyokong inisiatif digital dan dunia tanpa tunai.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menghadiri majlis perasmian Bulan Bahasa 2020.
    Yang Berhomat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Peperiksaan Brunei Cambridge GCE Peringkat ‘O’ dan ‘A’ bagi 2019.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...