Bulan syawal penuh kemeriahan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Tradisi kunjung-mengunjungi sudah sebati dengan kehidupan masyarakat di negara ini lebih-lebih lagi ketika meraikan dan menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri setelah mengharungi ibadah puasa di bulan keberkatan.

Sehubungan dengan itu, rombongan 34 orang dari Majlis Perundingan Kampung Mulaut beserta ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen telah mengadakan kunjungan berhari raya ke kediaman Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned di Kampung Mulaut, baru-baru ini.

Kunjungan yang diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan mahabbah sesama saudara Islam bagi meraikan bulan Syawal yang mulia itu diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Mulaut, Haji Meramit bin Haji Saban.

Rombongan dari Majlis Perundingan Kampung Mulaut beserta ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut bergambar ramai semasa mengadakan kunjungan berhari raya ke kediaman Yang Berhormat Mufti Kerajaan.