Bulgaria bakal beli lapan jet pejuang F-16

SOFIA, 10 JULAI – Bulgaria akan membeli lapan jet pejuang F-16 untuk menggantikan pesawat MiG-29 buatan Soviet, kata timbalan menteri pertahanan hari ini.

Harga jet Lockheed Martin yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara dan sistem pengawasan dan visual sekitar AS$1.26 bilion (1.12 bilion euro), kata Timbalan Menteri Pertahanan, Atanas Zaprianov. Bajet kerajaan pada awalnya berjumlah 1.8 bilion leva (920 juta euro) bagi pembelian itu, namun pembelian itu masih lagi menunggu kelulusan parlimen.

Jet-jet itu – enam tempat duduk tunggal dan dua tempat duduk – dijadualkan untuk dihantar menjelang 2023. Bulgaria, anggota NATO sejak 2004, sudah lama berhasrat untuk menggantikan pesawat MiG-29 lama buatan Soviet.

“Pembelian pesawat baharu itu akan meningkatkan kebolehoperasian bersama NATO. Juruterbang Bulgaria tidak lagi akan merasa mereka berada di belakang NATO,” kata timbalan komander pasukan udara Jeneral Petio Mirchev.

Itali juga berhasrat untuk menjual Eurofighters terpakai milik negara itu, sementara Sweden telah menawarkan 10 Gripen baharu.

Namun Perdana Menteri Boyko Borisov yang konservatif berkata tahun lalu yang beliau menggemari jet pejuang F-16 daripada yang lain, yang tidak termasuk senjata berharga.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui, AS akan membiayai AS$60 juta penyelenggaraan dan kos latihan juruterbang tidak termasuk dalam jumlah keseluruhan, menunggu persetujuan Kongres AS, kata Menteri Pertahanan Krasimir Karakachanov. – AFP