Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Bulls akhiri kemenangan berturut-turut Celtics

    LOS ANGELES, 22 NOV – DeMar DeRozan yang menyumbang 28 mata untuk Chicago Bulls, telah menamatkan kemenangan sembilan kali berturut-turut Boston Celtics kelmarin dengan keputusan 121-107.

    Zach LaVine, yang agak kecewa kerana dikeluarkan pada minit-minit akhir semasa perlawanan menentang Orlando pada Jumaat lalu, telah menjaringkan 22 mata.

    Manakala, Nikola Vucevic menambah 12 mata dan 13 rebound untuk Chicago, yang juga membantu menumpaskan Celtics di laman sendiri pada Oktober.

    Dengan rekod 13-4, Celtics masih lagi memegang rekod terbaik dalam NBA.

    Ketinggalan sehingga 21 mata pada suku ketiga, Boston dua kali cuba untuk merapatkan jurang pada suku keempat.

    Aksi DeMar DeRozan semasa perlawanan bola keranjang antara Boston Celtics dan Chicago Bulls di Chicago, kelmarin. – AP

    “Terdapat perasaan terdesak apabila awda sedang ketinggalan dalam permainan.

    “Kita semua ada perasaan itu, sama ada secara individu atau dalam kumpulan.

    “Awda perlu ada perasaan itu. Awda perlu rasa terdesak untuk memenangi permainan itu,” kata LaVine.

    Jayson Tatum menjaringkan 28 mata, 11 rebound dan tujuh assist.

    Manakala, Jaylen Brown menambah 25 mata dan tujuh rebound untuk Boston.

    Walaupun Celtics mempunyai banyak peluang untuk menang, namun mereka tidak dapat mempamerkan aksi terbaik pada malam itu – gagal membuat jaringan tiga mata, dan tiada percubaan tepat dari sembilan balingan Al Horford.

    “Sukar untuk mengalahkan pasukan di laman mereka sendiri apabila mereka asyik membuat jaringan, manakala kita asyik terlepas jaringan yang selalu kita buat,” kata Marcus Smart, yang kembali bermain untuk Boston selepas pulih daripada kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...