Bulls berjaya tumpaskan Kings

SACRAMENTO, CALIFORNIA 3 DIS – Zach LaVine terus mendapat hantaran percuma, Lauri Markkanen menemui semula jaringan hebatnya dan Chicago Bulls akhirnya mencatat satu penyudah untuk perlawanan.

LaVine menjaringkan 28 mata dan melakukan empat lontaran percuma di peng-hujung 11 saat terakhir, dan Bulls mengatasi suku keempat lembap untuk menewaskan Sacramento Kings 113-106, kelmarin.

Markkanen memungut 20 mata dan tujuh rebounds, Wendell Carter Jr menambah 10 mata dan 10 rebounds dan Tomas Satorasky menjaringkan 14 mata ketika Chicago menang dalam tiga perlawanan berturut-turut.

“Kami telah bermain dengan apa yang perlu kami lakukan” kata jurulatih Bulls, Jim Boylen. “Kami bangkit daripada ketinggalan, kami mendahului kemudian tewas semula, seterusnya kami bangkit semula lagi.”

Pasukan Bulls (7-14) mendahului dengan 19 mata pada awal separuh masa kedua tetapi berdepan dengan masalah. Chicago menjaringkan lapan daripada 18 percubaan di suku keempat dan hanya berjaya menjaringkan satu gol sepanjang empat minit 30 saat masa-masa terakhir.

Buddy Hield melakukan lompatan ke belakang memberikan mata kepada Kings 102-100 dengan baki permainan 2:18 saat. Selepas Markkanen membuat dua lontaran percuma, dia dan Hield bergilir-gilir menjaringkan gol dengan 3 pointer menjadikan kedudukan 107-103.

Kings mendapat bola tetapi Hield melepaskan tiga jaringan di luar kawasan dalam 36 saat terakhir, dan LaVine menamatkan permainan di garisan dengan lontaran percuma. – AP

Pemain Chicago Bulls, Markkanen menuju ke jaring menentang Nemanja Bjelica semasa suku pertama perlawanan bola keranjang NBA di Sacramento, California – AP