Bulls gagal kekang Westbrook

LOS ANGELES, 10 Jan – Russell Westbrook ketinggalan satu ‘rebound’ bagi mencatatkan ‘triple-double’ ke-18 musim ini, tetapi catatan 21 mata adalah besar dalam kemenangan persaingan NBA bagi Oklahoma City Thunder 109-94 ke atas Bulls di Chicago.

Penjaring terbanyak NBA, Westbrook mengekalkan rentaknya, menambah 14 asis dan sembilan ‘rebound’ dalam kemenangan tersebut.

Ia adalah kali keempat dalam musim ini dia menamatkan kurang satu mata, satu ‘rebound’ atau satu asis dari ‘triple-double’.

Pertemuan yang diharapkan di antara Westbrook dan pemain penyerang Bulls, Jimmy Butler tidak menjadi kenyataan, dengan Butler terjejas dengan kesakitan yang menghalangnya daripada menghadiri acara Chicago pada waktu pagi.

Butler, yang dinamakan Pemain Mingguan NBA bagi Eastern Conference awal semalam, hanya beraksi di bawah 29 minit dan menamatkan dengan hanya satu mata.

Russell Westbrook (tengah), cuba melepasi Cristiano Felicio dari Chicago Bulls sambil dieprhatikan oleh Michael Carter-Williams (7) dalam aksi NBA antara Oklahoma City Thunder dan Chicago Bulls kelmarin – AP
Russell Westbrook (tengah), cuba melepasi Cristiano Felicio dari Chicago Bulls sambil dieprhatikan oleh Michael Carter-Williams (7) dalam aksi NBA antara Oklahoma City Thunder dan Chicago Bulls kelmarin – AP

Dia mencatatkan 0-bagi-6 dan dikeluarkan dari perlawanan pada suku kedua kerana sakit.

“Jelas, kami menghargainya keluar dan memberikan percubaan,” kata jurulatih Bulls, Fred Hoiberg.

“Tetapi dia jelas bergelut dan mereka menghantarnya pulang selepas kami mengeluarkannya pada suku ketiga.”

Pemain veteran, Dwayne Wade menjaringkan 22 mata, Michael Carter-Williams menambah 15 dan Jerian Grant dan Cristiano Felicio masing-masing menyumbangkan 11 mata bagi pasukan Bulls.

Tetapi ia tidak cukup untuk mengekalkan rentak dengan Thunder, yang mempunyai tiga pemain selain Westbrook untuk menjaringkan dua digit. – AFP