SYDNEY, 14 Sept – Bulu dari salah seekor burung paling sukar ditangkap di dunia telah ditemui di Australia Selatan, bukti pertama dalam tempoh lebih sedekad burung itu tinggal di situ, menurut pakar-pakar hidupan liar hari ini.
‘Night Parrot’ adalah antara spesies burung paling jarang ditemui di dunia dan dikatakan pupus sehingga seorang ahli alamiah berani dari Australia memberikan bukti gambar yang memaparkan burung di negeri Queensland pada tahun 2013.
Sejak itu burung itu juga dilihat di Australia Barat.
Pakar di sebalik penglihatan di Queensland, John Young dan rakannya seorang ahli ekologi, Keith Bellchambers dari Australian Wildlife Conservancy telah juga menunjukkannya di Australia Selatan.
Mereka telah menemui bulu dari burung kecil berwarna hijau kekuning-kuningan ini dalam sarang burung cakar sekitar Tasik Eyre terpencil ketika mengikuti imej-imej kabur dari perangkap kamera di kawasan itu.

“Keith dan saya melihat sarang-sarang burung cakar sebelum akhirnya memang jelas bulu kecil berwarna hijau muncul dalam asas segar lapisan salah satu sarang,” ujar Young.
“Orang memperlihatkan keseronokan dalam banyak cara yang berbeza-beza, keseronokan saya ialah geletar yang tidak dapat dikawal dengan perasaan seronok yang kaku dan keseronokan Keith ialah rasa tidak percaya sambil tangannya memegang kepalanya. Detik emosi sukar dipercayai bati kami berdua.”
“Pada pandangan mata saya, tidak diragui ini adalah bulu burung night parrot.”
Kesegaran sarang burung cakar menunjukkan bulu itu mungkin telah dikutip ‘dalam jarak beberapa ratus meter dalam tempoh beberapa minggu lalu,” tambah Young lagi.
Kurator ornitologi di Muzium Australia Barat mengesahkan penemuan mereka itu.
Langkah seterusnya ialah untuk merancang dengan teliti pengagihan spesis, yang kali terakhir dirakamkan di Tasik Eyre pada tahun 1883 dan menilai saiz penduduk dengan menggunakan meter lagu dan perangkap kamera, menurut Young.
Para penyelidik selama berdekad-dekad bimbang burung nuri yang aktif waktu malam dan tinggal di gurun telah pupus, dengan tanpa dilihat antara tahun 1912 dan 1979 dan hanya sedikit sejak itu, sebelum bukti kukuh dalam tahun 2013.
Dalam tahun 2012, Smithsonian Magazine menganggapnya nombor satu antara lima burung paling misteri di dunia. – AFP