Bundesliga mula buat ujian COVID-19 kepada pemain

BERLIN, 1 MEI – Liga Jerman (Bundesliga) mengesahkan bahawa kelab telah mula membuat ujian saringan COVID-19 kepada pemain sebagai sebahagian daripada rancangan untuk Bundesliga melancarkan semula kempen bola sepak bulan depan.

Ujian untuk virus, yang setakat ini telah meragut lebih daripada 6,000 nyawa di Jerman, adalah komponen penting dalam rancangan untuk memulakan semula Bundesliga di setiap stadium dengan tanpa penonton.

DFL mengesahkan bahawa ujian berkala telah dimulakan di dua liga teratas di tengah-tengah harapan perlawanan dapat dimainkan semula seawal 9 atau 16 Mei.

Namun, liga masih memerlukan pendahuluan keputusan daripada Canselor Angela Merkel untuk ia boleh disambung semula. Canselor Jerman Merkel mempengerusikan sidang video dengan perdana menteri dari 16 negeri kelmarin ketika dalam perbincangan mengenai Bundesliga.

Keputusan muktamad dijangka pada hari Rabu depan. “Kemudian kami akan membuat keputusan yang jelas mengenai aktiviti sukan,” kata Merkel dalam satu kenyataan.

Kementerian buruh, yang telah bersetuju rancangan perlawanan disambung semula, menuntut setiap pemain diuji dua kali sebelum kelab kembali menjalani latihan, mereka telah berlatih dalam kelompok yang lebih kecil.

Pemain akan dikenakan tindakan pengawalan kebersihan yang ketat, termasuk ujian untuk virus setiap beberapa hari.

Menurut laporan daripada Bild, juara bertahan Bayern Munich, yang jelas empat mata di puncak liga dihentikan pada pertengahan Mac, adalah antara mereka yang memulakan ujian pada Khamis ini. Kelab lain dijangka memulakan ujian dalam beberapa hari mendatang. – AFP

Antara pasukan kelab Jerman di Bundesliga, FC Schalke 04 ketika menghadiri sesi latihan di Gelsenkirchen, Jerman pada 29 April. DFL mengesahkan bahawa ujian berkala telah dimulakan di dua liga teratas di tengah-tengah harapan perlawanan dapat dimainkan semula. – AFP