Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bunga Citra Lestari cuba biasakan diri dengan pemergian Ashraf

    Dua tahun kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair pemergian tersebut pasti masih dirasai oleh penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari.

    Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Bunga meluahkan kata-kata cinta bersama foto di pusara Allahyarham.

    “Dua tahun awak telah pergi.

    “Hidup ini tidak sama tanpa awak di sisi, tetapi kami cuba membiasakan diri.

    “Kami melalui hari-hari yang lebih baik, kami gembira sekarang dan harap awak begitu juga.

    “Terima kasih atas kasih sayang awak, Daddy,” tulis Bunga.

    Dia dilihat menziarahi pusara arwah Ashraf bersama anak mereka Noah Jumaat lalu.

    Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada November 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...