Penyanyi rap, Bunga Isme menarik perhatian orang ramai apabila berkongsi tentang rutin kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Menerusi Instagram, Bunga yang kini belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban memuat naik sepotong video memaparkan jadualnya dari pagi sehingga malam.
Dalam video tersebut, Bunga kelihatan menaiki kereta api KTM dari stesen KL Sentral ke Seremban untuk ke kampusnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Bunga meninggalkan respons positif, ramai yang menyifatkan imejnya sebagai comel. Dalam pada itu, ada juga yang memuji Bunga tidak malu menaiki kereta api meskipun sudah popular sebagai artis.
“Aduh walaupun bak kata orang macam artis dah, tapi tetap tak malu nak naik train.
“Macam nak cakap ya, akak ni comel la.
“Fuh macam jauh je kelas dengan rumah.
“Comelnya Bunga,” antara komen warganet.
Selain video, Bunga juga ada berkongsi beberapa foto di Stesen KTM dan kampusnya di akaun Instagramnya. Semoga Bunga terus sukses dalam pengajian dan kerjayanya sebagai penyanyi. – Agensi