Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bunga Isme jaga perilaku sebagai tunang orang

    Penyanyi, Bunga Isme, 23, menyifatkan tindakannya mendedahkan kepada umum pertunangannya dengan kekasih yang juga penyanyi, Amzar Sabri sebagai cara menghormati pasangannya itu.

    Justeru, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohammad Bakhari berkata, tiada keperluan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.

    “Kita kena kongsi perkara yang baik supaya ramai tahu saya sudah menjadi tunangan orang, sedang menjalinkan hubungan yang serius.

    “Pendedahan ini juga menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga perilaku sebagai tunang orang,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

    Bunga dan Amzar menjalinkan pertunangan selepas empat tahun bercinta.

    Disoal tentang rancangan untuk berkahwin, jelas Bunga dia dan pasangannya itu belum memutuskan sebarang tarikh untuk itu.

    Katanya, dia memerlukan masa untuk membina kerjaya dan menetapkan hala tuju kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang.

    “Saya juga masih lagi belajar. Selepas tamat pengajian, mahu kerja dahulu.

    “Mungkin selepas tiga tahun (akan berkahwin), Insya-Allah. Itu adalah masa yang sangat sesuai memandang saya pada ketika itu sudah berusia 26 tahun,” katanya lagi. – Agensi

    Bunga Isme mendedahkan siapa tunangnya dengan niat menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga perilaku sebagai tunang orang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...