Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bunga Meihua, tanglung hiasi Tokong Kuan Tai Meow

    GUA MUSANG – Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) beberapa hari lagi, masyarakat Tionghua tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan suasana kemeriahan perayaan dengan menghias Tokong Kuan Tai Meow di Bandar Lama, di sini.

    Suri rumah Suni Eh Wang, 52, berkata setelah dua tahun menyambut perayaan itu dalam keadaan sederhana, beliau mula merindui untuk menghidupkan kawasan tokong ini dengan suasana meriah dan gembira untuk meraikan kedatangan tahun arnab mengikut kalendar Cina kali ini.

    “Bermula awal bulan ini, saya dan penduduk setempat bergotong-royong menghias tokong untuk menghidupkan suasana supaya semua ceria dan bergembira pada TBC nanti.

    “Lebih 50 tanglung daripada pelbagai jenis dan warna digunakan untuk hiasan sempena TBC ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Baru, di sini hari ini.

    Bagi Chong Won Mei, 51, pula dekorasi tokong itu dilakukan mereka pada waktu malam selepas pulang bekerja.

    “Keseluruhan belanja untuk semua hiasan seperti bunga, tanglung dan lampu ialah RM5,000 hasil sumbangan daripada penderma serta wang yang dikumpul oleh kami sendiri,” katanya.

    Selain itu, Chin Qi Yao, 30, berkata keseronokan menghidupkan suasana TBC di tokong itu dapat dirasai kerana ia bukan sahaja melibatkan orang dewasa dan warga emas, malah juga golongan muda yang turut serta menyumbang idea dan tenaga.

    “Selain dihiasi bunga Meihua dan puluhan tanglung yang digantung, keceriaan Tokong Kuan Tai Meow turut disertakan dengan pokok limau kasturi sebagai simbolik kepada doa untuk mendapat nasib yang baik,” katanya. – Bernama

    Sebahagian penduduk sekitar membantu merapikan hiasan bunga Meihua di Tokong Kuan Tai Meow kelmarin. – Bernama
    Chong Won Mei (kiri) dan Chin Qi Yao (tengah) merapikan bunga Meihua yang disusun sebagai sebahagian hiasan di Tokong Kuan Tai Meow sempena TBC di Kampung Baru di Bandar Lama Gua Musang, kelmarin.
    Sukarelawan Emily Chow menggubah bunga Meihua ketika menyiapkan dekorasi bertemakan perayaan TBC di padang Taman Air Putih. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...