Monday, April 15, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Bunga mekar hiasi padang pasir Saudi

    RAFHA, ARAB SAUDI, 17 FEB – Bunga-bunga padang pasir berkembangan yang dicetuskan oleh hujan musim sejuk lebih lebat daripada biasa telah menghampari kawasan utara Arab Saudi dengan bunga ungu, menarik pelancong dari seluruh Semenanjung Arab.

    Muhammad al-Mutaini memandu hampir enam jam dari kampung halamannya untuk menyaksikan fenomena luar biasa itu.

    “Tidak ada sesiapa yang menjangkakan pemandangan ini di Arab Saudi,” beritahu guru bersara berusia 50 tahun itu kepada AFP ketika dia bersiar-siar di lautan bunga ungu sesaujana mata memandang di padang pasir Rafha, berdekatan dengan sempadan Iraq.

    “Pemandangan yang indah itu mampu mengusik jiwa,” katanya merujuk kepada tanaman yang dikenali sebagai lavender liar dalam Bahasa Arab.

    Hujan musim sejuk mencetuskan banjir di sebahagian kawasan barat Arab Saudi pada akhir tahun lalu, tetapi di kawasan utara, ia membawa kehidupan di padang pasir.

    Nasser al-Karaani mengadakan perjalanan 700 kilometer dari ibu negara Riyadh hanya untuk melihat bunga-bunga tersebut sebelum ia layu.

    “Pemandangan ini akan berakhir selepas 15 hingga 20 hari dan kami datang ke sini khusus untuk menikmati pemandangannya,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu. – AFP

    Seorang warga Saudi berjalan di ladang bunga lavender di bandar Rafha, berdekatan sempadan Iraq pada 13 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia siasat mengapa lelaki yang menikam 6 orang hingga mati...

    MELBOURNE, 15 APRIL - Polis Australia sedang meneliti mengapa penyerang tunggal yang menikam enam orang hingga mati di pusat membeli-belah Sydney yang sibuk dan...